Dua Warga Singapura Rancang Sertai IS Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Dua warga Singapura ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Ogos lalu kerana merancang untuk menyertai Kumpulan Militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri republik itu pada Rabu.

Kedua-dua lelaki itu ditahan dalam kes berasingan.

Suspek Muhammad Shamin Mohamed Sidek, 29, pernah didakwa kerana menghasut keganasan di media sosial manakala Muhammad Harith Jailani, 18, dipercayai terpengaruh dengan dakyah kumpulan militan itu secara dalam talian.

Pada Mei lalu, Muhammad Shamin didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan kerana menghasut keganasan agama menerusi posting pro-IS di laman media sosial.

Siasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mendapati Shamin merancang untuk berlepas ke Syria untuk menyertai IS sebaik sahaja mempunyai wang yang cukup untuk membiayai perjalanan tersebut.

Menurut kementerian tersebut, Muhammad Harith pula menggumpul maklumat mengenai cara untuk dia berlepas ke Syria dan cuba merekrut beberapa individu lain untuk menyokong perjuangan IS.

"Beberapa warga Singapura yang ditahan sudah bersedia untuk melancarkan serangan keganasan di Singapura," katanya.

Dua lagi warga Singapura turut ditahan di bawah ISA awal tahun ini kerana cuba menyertai IS.


Tags / Kata Kunci: IS , Singapura

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan