Jerebu Landa Tiga Negara Dijangka Berterusan Pertengahan Bulan Ini - Pakar

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 11:45 AM

Keadaan jerebu di Riau, Indonesia.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Masalah jerebu yang melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura dijangka menjadi bertambah buruk dengan berlaku cuaca kering ekoran fenomena El Nino, kata pakar kaji cuaca antarabangsa Jason Nicholls.

Beliau berkata El Nino akan mengehadkan kehadiran hujan untuk membersihkan atmosfera di samping ia akan meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran hutan.

"El Nino dijangka sampai waktu puncak sekitar Disember dan Januari sebelum ia menjadi lemah," katanya.

Nicholls berkata dengan keadaan yang tidak banyak berubah, jerebu dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan bulan ini.

"Peladang yang suka membakar ladang mereka dan asap yang dihasilkan daripada pembakaran terbuka itu merupakan punca berlakunya jerebu. Untuk mengatasi masalah ini, pembakaran terbuka perlu dilarang," katanya.

Mengenai pembenihan awan, beliau berkata ia hanya mempunyai kesan minimum kerana tidak semestinya ia menghasilkan hujan setip kali dilakukan untuk membantu menghapuskan jerebu.

Tags / Kata Kunci: jerebu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan