Russia Serang Syria

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 11:24 PM

Homs menjadi lokasi sasaran pasukan tentera Rusia ketika melancarkan serangan udara ke atas Syria, Rabu.

(Ubah saiz teks)

RUSIA melancarkan serangan udara pertama di Syria dengan menyasarkan pusat komunikasi, senjata, kenderaan dan peralatan ketenteraan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), kata jurucakap Kementerian Pertahanan negara itu.

Mejar Jeneral Igor Konashenkov berkata, operasi itu adalah sebahagian serangan terhadap ISIS.

Pihak berkuasa negara Rusia, Syria dan Amerika memberitahu CNN bahawa serangan itu dilancarkan dekat bandar Homs.

Sementara itu, pegawai pertahanan Amerika Syarikat memberitahu, perkembangan terbaru ini menandakan permulaan rasmi campur tangan ketenteraan Moscow terhadap konflik hampir lima tahun itu.

"Pegawai Rusia di Baghdad memaklumkan Kedutaan Amerika Syarikat mengenai rancangan tentera negara itu untuk melancarkan serangan ke atas Syria," kata John Kirby.

Pada Rabu, Parlimen Russia membenarkan Presiden Vladimir Putin untuk melancarkan serangan udara ke atas Syria.



Tags / Kata Kunci: ISIS , Syria , Rusia , Igor Konashenkov

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan