Kualiti Udara Di Singapura Cecah Tahap 'Sangat Tidak Sihat'

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Keadaan jerebu di Singapura semakin buruk dengan indeks standard pencemaran udara (PSI) tiga jam meningkat ke tahap 'sangat tidak sihat', dan mencecah paras 203 pada 3 petang.

Bacaan PSI 24 jam adalah 125 hingga 165 iaitu dalam lingkungan tidak sihat.

Bacaan 101 hingga 200 menandakan kualiti udara tidak sihat; 201 hingga 300 sangat tidak sihat; dan lebih 300 berbahaya.

Hujan disertai petir diramal berlaku hari ini terutamanya di utara, timur dan barat Singapura pada lewat tengah hari.

Keadaan berjerebu di pulau republik ini akan berterusan hari ini dengan PSI 24 jam dijangka berada dalam lingkungan tidak sihat dan sangat tidak sihat, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura.

Tags / Kata Kunci: jerebu , kualiti udara , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan