Peruncit Pakaian Kedua Terbesar Di Dunia Pilih Model Berhijab

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

PERUNCIT pakaian kedua terbesar di dunia iaitu H&M buat pertama kalinya memilih model Islam berhijab dan memahami tahap pendedahan aurat yang boleh dibuat bagi setiap wanita Islam.

Dalam peragaan fesyen terbarunya, syarikat gergasi itu memilih Mariah Idrissi yang berketurunan Pakistan dan Morocco sebagai modelnya.

Model yang berhijab sejak berusia 17 dan menetap di London itu pada awalnya diminta membuat lebih pendedahan khususnya di bahagian leher namun ditolak kerana tidak dibenarkan dalam Islam.

Tindakan itu turut dihormati syarikat berkenaan yang mahu mula memaparkan model berhijab.

"Dalam fesyen, wanita berhijab selalu tidak dipedulikan.

"Mereka tanya kepada saya, sebanyak mana yang saya boleh dedahkan di bahagian leher, tetapi ternyata mereka sangat memahami," jelas Mariah.

Menurut Mariah, H&M juga menyediakan kemudahan dan privasi seperti ruang untuk menukar pakaian untuk dirinya berbanding model bukan Islam.

"Jika jurugambar perasan sesuatu yang tidak kena dengan pakaian saya, mereka akan memanggil pekerja wanita untuk membetulkannya," tambahnya lagi.

Ia merupakan langkah kejayaan kepada Mariah yang turut bergandingan dengan model asing dalam iklan H&M.

Tags / Kata Kunci: Model , H&M , Hijab

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan