China Lancar Kapal Pengangkut Pesawatnya Yang Pertama Disember Ini

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 3:37 PM

Liaoning adalah kapal pengangkut pesawat China yang pertama memasuki perkhidmatan tetapi ia bukanlah buatan sendiri. Kapal tersebut dibeli dari Ukraine dan kemudian diubahsuai semula untuk keperluan terkini.

(Ubah saiz teks)

HONGKONG: China telah bersedia untuk melancarkan pembinaan kapal pengangkut pesawat buatan sendiri yang pertama pada 26 Disember ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran bekas presiden Mao Zedong yang ke-122, demikian menurut laporan Bloomberg Business pada Rabu.

Menurut laporan tersebut, desas-desus mengenai pelancarannya mempunyai kredibiliti walaupun tempoh pembinaan projek raksasa itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat tahun untuk disiapkan.

Ia tidak akan digerakkan oleh kuasa nuklear tetapi akan dikenali sebagai kapal pengangkut pesawat perang dari Kelas 001A.

Berita mengenai hasrat China melancarkan kapal perang pengangkut pesawat versi mereka sendiri pertama kali muncul dalam sebuah akhbar Hong Kong - Ming Pao.

Jelas Bloomberg Business, akhbar Hong Kong itu menyebut tarik 1 Oktober 2019 sebagai tarikh kapal berkenaan bakal memasuki perkhidmatan.

Tarikh itu dipilih bersempena dengan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China.

Berita yang disiarkan oleh Ming Pao itu memberi contoh bagaimana China sering kali mengaitkan sesuatu pelancaran yang besar dengan tarikh yang sangat signifikan dengan Parti Komunis sepertimana pelancaran kapal selam berkuasa nuklearnya yang pertama Changzheng-1 pada 1970 dilakukan pada hari ulang tahun kelahiran Mao.

Tiga lagi kapal selam turut dilancarkan pada 26 Disember iaitu hari ulang tahun kelahiran Mao.

Sebelum ini terdapat spekulasi yang menyebut, China berhasrat untuk memiliki tiga buah kapal pengangkut pesawat sekaligus mengesahkan kehadirannya di perairan antarabangsa sebagai kuasa maritim dunia yang baru.

Buat masa ini, China sudah pun memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat yang dinamakan Liaoning, yang diubahsuai dari kapal yang pernah digunakan oleh Angkatan Tentera Laut Ukraine.

Kapal itu telah ditauliahkan untuk pelayaran pada 2012.

Kepercayaan bahawa China sedang mempertingkatkan angkatan lautnya juga bersandarkan kepada pertambahan produksi pesawat pejuang buatan sendiri yang dinamakan J-15 yang boleh digunapakai di atas kapal pengangkut pesawat.


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan