Benang Jadi Senjata Pembunuh Di India

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

CHENNAI: Sejenis benang yang digunakan untuk menerbangkan layang-layang kini disifatkan sebagai sejenis senjata pembunuh di bandar raya ini yang terletak di selatan India.

Ia bukan benang biasa namun apa yang dipanggil penduduk di sini sebagai 'manjaa', diperbuat dengan campuran serpihan kaca dan objek tajam yang lain.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun maut selepas benang daripada layang-layang yang diterbangkan berdekatan jejambat mengelar lehernya pada Ahad, demikian menurut laporan media tempatan.

Akhbar Hindu pada Selasa memetik Pesuruhjaya Polis Chennai S. George sebagai berkata bahawa penggunaan benang 'maanja' sama seperti menggunakan sejenis senjata untuk mencederakan orang yang tidak bersalah.

Ibu bapa perlu menasihatkan anak mereka supaya tidak terlibat dalam kegiatan berbahaya ini kerana ia bukan sahaja mengancam orang lain tetapi juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.

Akhbar itu berkata George telah mengarahkan para pegawai kanan polis untuk menubuhkan pasukan khas untuk membendung ancaman menerbangkan layang-layang menggunakan maanja.

Keseronokan atau hiburan tidak boleh dilakukan sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam. Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bermain layang-layang menggunakan benang 'maanja' dan juga mereka yang membekalkan bahan-bahan ini," beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu.

Akhbar The New Indian Express memetik George sebagai berkata bahawa polis terpaksa menjalankan beberapa siri serbuan di bandar dan menahan 10 orang dan merampas mesin dan gulungan benang 'maanja' dalam jumlah yang besar.

Tags / Kata Kunci: Benang , Bunuh , Senjata

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan