Air Ditemui Mengalir Di Permukaan Marikh Dari Semasa Ke Semasa

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:42 AM

Imej yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa) menunjukkan kesan aliran air yang masih baru dan muncul dari semasa ke semasa di atas permukaan Planet Marikh mengikut musim.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa) mengumumkan yang para saintis mereka telah berjaya membuktikan yang air dari semasa ke semasa mengalir di permukaan planet merah Marikh pada masa kini.

Ini sekaligus memberi harapan yang mereka mungkin boleh menemui kehidupan di permukaan planet tersebut.

"Kewujudan air dalam bentuk cecair memberi kemungkinan kepada wujudnya kehidupan di Planet Marikh," kata jurucakap Nasa, John Grunsfeld.

Katanya para penyelidik Nasa menggunakan imej yang dihantar oleh Mars Reconnaissance Orbiter untuk menganalisa kesan aliran air yang muncul mengikut musim di beberapa kawasan permukaan planet berkenaan.

Sebelum ini para saintis hanya boleh mengesahkan yang air pernah suatu masa dahulu membanjiri permukaan Marikh sebelum atmosfera planet itu menjadi terlalu panas untuk membolehkannya terus mengekalkan air di permukaan.

Tetapi dengan bukti terbaru ini, mereka juga boleh mengesahkan yang air masih dari semasa ke semasa muncul di permukaan Marikh mengikut musim.

Bagaimanapun Nasa masih tidak dapat menjelaskan, dari manakah air itu datang - hanya memberi teori yang ia mungkin berpunca dari ais yang mencair atau mata air dari bawah tanah.

"Ia masih lagi satu fenomena yang misteri bagi kita semua," kata saintis peneraju Program Eksplorasi Marikh Nasa, Michael Meyer.

Tags / Kata Kunci: Marikh , Nasa , Agensi Angkasa Lepas Amerika

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan