China Pertahan Dutanya Ke Malaysia Selepas Kenyataan Petaling Street

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 7:14 PM

Huang Huikang.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China pada Isnin mempertahankan tindakan dutanya ke Malaysia yang dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan mengkritik perkauman dan ekstremisme yang dibuat semasa melawat Petaling Street di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Kementerian Luar Malaysia berkata, ia akan mengadakan pertemuan dengan Duta China ke Malaysia, Huang Huikang bagi membolehkan beliau memberi penjelasan berhubung komennya yang menarik perhatian masyarakat umum di Malaysia.

Akhbar The Star memetik Huang sebagai berkata pada Jumaat lalu bahawa China menentang "sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme".

Huang berkata, China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan demonstrasi di Petaling Street.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, Huang melawat masyarakat Cina pada Festival Musim Luruh, satu percutian tradisional bagi Cina yang jatuh pada Ahad, sambil menambah bahawa ia merupakan aktiviti yang biasa.

Beliau berkata, China "tidak akan campur tangan dalam hal politik negara lain atau tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain".

"China dan Malaysia merupakan jiran yang berhubung rapat, kita berharap Malaysia dapat mengekalkan perpaduan, kestabilan dan keharmonian etnik di negara ini," kata Hong dalam satu taklimat.

Penganjur perhimpunan pada Jumaat lalu telah membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi di atas nasihat polis. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Huang Huikang , Petaling Street

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan