John Terry Parkir Di Petak OKU

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Chelsea, John Terry sekali lagi dilihat meletakkan kenderaannya di petak parkir khas untuk orang kelainan upaya (OKU).

Beliau yang berpakaian berwarna putih dan biru dilihat kembali ke kenderaan jenis Range Rover bernilai 200 ribu pound selepas keluar daripada sebuah kedai menjual kebab.

Pemain berusia 34 tahun itu pernah melakukan perkara yang sama pada 2008.

Pada ketika itu Terry berjanji bahawa perkara berkenaan tidak akan berulang.

Tags / Kata Kunci: John Terry

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan