Jerebu Berterusan Di Singapura Walaupun Kualiti Udara Meningkat - Berita Dunia | mStar

Jerebu Berterusan Di Singapura Walaupun Kualiti Udara Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Terdapat peningkatan kualiti udara dan situasi jerebu di Singapura sejak awal pagi Sabtu berikutan perubahan dalam angin lazim, demikian menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Bagaimanapun, NEA berkata republik itu dijangka mengalami keadaan sedikit berjerebu memandangkan jerebu sederhana hingga tebal masih berterusan di Sumatera.

Sehingga 1 tengah hari ini, bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam direkodkan dari 93 kepada 110, pada tahap sederhana kepada tidak sihat, dan PSI tiga jam mencatatkan bacaan 75.

Bacaan PSI 24 jam untuk 12 jam seterusnya dijangka berada di paras tertinggi dalam kategori sederhana dan tahap paling rendah dalam bacaan tidak sihat.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , NEA
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan