Tragedi Mina: Raja Arab Saudi Arah Siasat Segera

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 10:36 AM

Raja Salman Abdulaziz

(Ubah saiz teks)

MAKKAH‎: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menitahkan supaya siasatan terperinci dijalankan serta merta susulan tragedi rempuhan di Mina yang mengorbankan lebih 700 jemaah haji.

Arahan itu disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen Alarabiya beberapa jam selepas kejadian itu berlaku pada Khamis.

Raja Salman menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi yang memilukan dan mahu siasatan segera dibuat.

Baginda berkata, arahan sudah dikeluarkannya supaya kajian semula semua pelan dan pengurusan serta meningkatkan semua bentuk persediaan dan pengurusan jemaah yang menunaikan ibadat haji.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki memaklumkan Riyadh menubuhkan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Kami perlu menentukan punca sebenar insiden ini berlaku, kerana sebarang perubahan pengurusan atau rancangan tidak boleh dilakukan tanpa mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Sebaik sahaja kami berjaya menentukan punca kejadian itu, kami akan lakukan apa yang terdaya untuk menyelesaikannya dan memastikan insiden sama tidak lagi berulang," beliau dipetik sebagai berkata.

Semalam, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Falih dalam satu kenyataan menyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin sebagai punca rempuhan.

Ramai jemaah didakwa bergerak tanpa menghormati jadual waktu yang ditetapkan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan terkini, ‎angka korban jemaah haji dalam tragedi rempuhan dan terpijak di Mina meningkat kepada 717 orang manakala lebih 800 lagi cedera sehingga jam 8.30 malam tadi.


Tags / Kata Kunci: Mina , Raja Salman Abdulaziz

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan