Putin Sedia Temui Elton John Isu Homoseksual

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 12:18 PM

Elton John mengalu-alukan pertemuan dengan Putin untuk membincangkan mengenai isu homoseksual.

(Ubah saiz teks)

PRESIDAN Rusia, Vladimir Putin dilaporkan menghubungi bintang terkenal, Sir Elton John bagi menyatakan kesediaannya untuk mengadakan pertemuan dengan penyanyi itu.

Elton mahu berbincang dengan Putin mengenai pendiriannya yang dianggap tidak munasabahnya berkaitan hak lelaki homoseksual.

Sebelum ini, penyanyi itu juga menjadi mangsa apabila ada pihak membuat panggilan dan menyamar sebagai pemimpin Rusia itu.

Tetapi jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu media Rusia yang Putin sudah menghubungi bintang British itu dan memaklumkan supaya beliau tidak tersinggung dengan tipu helah itu.

Pada Khamis, Putin berkata dia bersedia untuk berjumpa dengan Elton apabila jadual mereka mengizinkan dan bincangkan isu yang menarik berkenaan bintang itu.

Rusia berhadapan kritikan antarabangsa berkenaan undang-undang homoseksual, termasuk rang undang-undang 2013 yang mendakwa orang yang memberi maklumat mengenai homoseksualiti kepada golongan kurang 18 tahun.

Laporan Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia tahun lepas berkata Rusia gagal mencegah dan mendakwa keganasan homofobia dalam serangan menentang minoriti.

Bercakap kepada BBC awal September, Elton berkata, sikap Putin terhadap lelaki homoseksual boleh disifatkan sebagai pendapat yang terpencil, prejudis dan tidak munasabah.

Penyanyi terkenal itu mahu bercakap dengan presiden itu "walaupun dia ketawa di belakang saya dan memanggil saya bodoh".

Malahan, menerusi akaun Instagram, Elton berterima kasih kepada Putin kerana menghubunginya menerusi telefon.


Tags / Kata Kunci: homoseksual , Putin , Elton John

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan