Jurugambar Selfie Monyet Pertahan Hak

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 5:26 PM

Naruto dengan senyumannya ketika Slater merakamkan selfie di hutan simpan Sulawesi pada 2011.

(Ubah saiz teks)

JURUGAMBAR yang menghasilkan gambar selfie seekor monyet ketika 'berkampung' di hutan simpan Kepulauan Sulawesi mendapat perhatian ramai apabila bertegas untuk mempertahankan haknya sebagai pemilik hasil seni fotografi itu.

Kata David Slater, selama tiga hari dia bekerja keras bagi mendapatkan gambar itu di Indonesia pada 2011 dan seharusnya wang yang terkumpul menjadi miliknya.

Kenyataan itu dibuat susulan aktivis pembela hak haiwan meminta kebenaran daripada Amerika Syarikat untuk menggunakan hasil kutipan daripada gambar itu bagi manfaat monyet itu.

"Ia mengambil masa tiga hari untuk dapatkan gambar selfie selepas saya berjaya mendekati sekumpulan monyet dan menunjukkan kelengkapan kamera saya sebelum merakamkan gambar itu dan kini ada orang lain yang cuba mencuri hak saya.

"Saya akan lawan," kata Slater kepada BBC.

Gambar selfie monyet makaka berjambul itu tersebar secara meluas di banyak saluran seluruh dunia, termasuklah Wikipedia. Pelbagai pihak berdebat mengenai hak cipta gambar itu.

Aktivis mewakili People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) memfailkan tuntutan mahkamah di San Francisco meminta kebenaran untuk seorang peguam mentadbirkan hasil kutipan dari gambar itu untuk kebaikan monyet jantan berusia enam tahun yang di identifikasikan sebagai Naruto.

"Jika Peta Amerika Syarikat mengatasi dalam tuntutan mahkamah ini, ia akan jadi pertama kali bukan manusia, tetapi haiwan yang diisytiharkan sebagai pemilik dalam pemilikan harta," kata Pengarah Peta, Mimi Bekhechi.

Bagaimanapun, Slater menganggap pendirian Peta berhubung perkara itu melanggar integriti seni.

Slater mendakwa menghabiskan masa bersama monyet itu sehingga haiwan itu tenang dengan kehadirannya, sebelum meletakkan kamera dan kaki tiga dengan kabel suis.

Tambahan lagi, tindakan yang dilakukan sebelum dan selepas mendapatkan gambar itu cukup untuk mendapatkan hak sebagai pemilik gambar itu.

"Saya sedang baring pada masa itu dengan dua makaka di belakang dan saya sedang merawat beberapa lebam akibat dipukul monyet jantan yang menganggap saya saingan mereka untuk menarik perhatian monyet betina.

"Jadi tolong jangan beritahu saya yang gambar ini bukan hak saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: selfie monyet , Sulawesi , David Slater

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan