Gempa Bumi Kuat 6.8 Skala Richter Gegarkan Papua Barat

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Kota Sorong, sebuah kawasan terpencil di Papua Barat, Indonesia, Khamis malam.

Laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata gempa itu berlaku 1.06 pagi tadi waktu tempatan (10.53 malam waktu Indonesia Barat) dan berlaku di lokasi sekitar 31 kilometer sebelah timur laut Kota Sorong.

Papua adalah wilayah paling timur Indonesia dan perbezaan waktu antara wilayah itu dengan Jakarta ialah kira-kira 2 jam.

Bagaimanapun kejadian gempa pada kedalaman 10 kilometer itu tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Setakat ini pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kemungkinan terdapat mangsa akibat gempa itu atau berlaku kerosakan bangunan.

Sementara itu, agensi berita Indonesia, Antara melaporkan para penduduk di wilayah Papua Barat panik ketika berlaku gempa bumi itu dan mereka berlari keluar dari rumah maisng-masing.

Ketua BMKG daerah Manokwari, Deny Putirai berkata gegaran yang kuat akibat gempa itu turut dirasai di Manokwari iaitu ibu kota Papua Barat.

"Kedalaman gempa 10 kilometer tidak berpotensi tsunami namun masyarakat diminta berwaspada kemungkinan terjadinya gempa susulan," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Papua Barat , gempa bumi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan