Gempa Papua Barat: Lebih 60 Cedera, 200 Rumah Musnah

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 6:18 PM

Keadaan sebuah rumah yang musnah akibat gempa bumi yang melanda Sorong di Papua Barat, Indonesia awal pagi Jumaat. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SORONG (Indonesia): Lebih 60 orang cedera dan 200 rumah musnah berikutan gempa bumi yang melanda di Papua Barat, Indonesia pada awal pagi Jumaat, kata pegawai agensi bencana.

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Kota Sorong, sebuah kawasan terpencil di Papua Barat, Indonesia pada pukul 1 pagi waktu tempatan.

Jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, setakat ini, seramai 17 orang mengalami kecederaan parah dan 45 cedera ringan.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kejadian gempa tersebut turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di Sorong.

"Kita masih mengumpul data, dan kita jangka bilangan mangsa dan kerosakan meningkat," kata Nugroho dalam satu kenyataan. - AFP

Tags / Kata Kunci: gempa bumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan