Pengikut Muhammadiyah Di Indonesia Sambut Aidiladha Hari Ini - Berita Dunia | mStar

Pengikut Muhammadiyah Di Indonesia Sambut Aidiladha Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 11:47 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Lebih 40 juta pengikut dan anggota pertubuhan Islam berpengaruh di Indonesia, Muhammadiyah, menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, iaitu sehari awal dari tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan.

Siaran televisyen tempatan menyiarkan berita mengenai ribuan umat Islam membanjiri masjid-masjid Muhammadiyah di sekitar Jakarta dan bandar-bandar besar di wilayah lain.

Ketua Pimpinan Muhammadiyah Cabang Kebayoran Baru, Edi Sukardi dipetik sebagai berkata semua pengikut Muhammadiyah menyambut Aidiladha dan menunaikan ibadah korban mulai Rabu seperti yang telah ditetapkan oleh pemimpin pusat Muhammadiyah.

"Memang itu lebih cepat sehari (dari tarikh kerajaan) kerana majlis tarjih mendapati hilal (anak bulan) sudah wujud pada 13 Sept 2015," katanya.

Takbir raya telah bergema di semua masjid-masjid kelolaan Muhammadiyah sejak awal pagi tadi dan para pengikut pertubuhan agama itu telah berpuasa sunat Arafah pada Selasa.

Beberapa pemimpin Muhammadiyah dilaporkan menemui Presiden Joko Widodo semalam bagi memohon maaf atas perbezaan pendapat berhubung tarikh menyambut Aidiladha.

Pada Selasa, ribuan pengikut tareqat Naqsabandiyah telah menyambut Aidiladhau dengan menganjurkan solat sunat hari raya dan telah memulakan ibadah korban masing-masing.

Menurut laporan berita televisyen tempatan pada Rabu, ribuan pengikut tareqat itu menunaikan solat sunat hari raya di Musala Baitul Makmur di daerah Pauh, wilayah Padang setelah berpendapat tarikh 10 Zulhijah sebenarnya jatuh pada hari Selasa.

Setiausaha tareqat Naqsabandiyah, Edizon Revindo dipetik sebagai berkata  penentuan Aidiladha itu dilakukan dengan cara melihat hilal dan hisab dan hasil kiraan itu kemudiannya dibawa dalam satu mesyuarat khas sebelum diumumkan kepada para pengikutnya.

Katanya, asas kiraan tarikh hari raya itu ialah selepas 100 hari tarikh 1 Ramadan maka jatuhlah tempoh Hari Raya Aidiladha. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Aidiladha , Indonesia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan