Pengikut Tarekat Naqsabandiyah Sambut Aidiladha Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 7:26 PM

Pengikut tarekat Naqsabandiyah merayakan Aidiladha pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pengikut tarekat Naqsabandiyah di Indonesia  menyambut Aidiladha, Selasa.

Ribuan pengikutnya di Sumatera Barat dilapor membuat sambutan dengan mengadakan solat sunat Aidiladha dan melakukan korban.

Menurut siaran berita televisyen tempatan, para pengikut mengadakan solat sunat Aidiladha di Musala Baitul Makmur, di Daerah Pauh dalam Wilayah Padang.

Setiausaha Naqsabandiyah, Edizon Revindo dipetik sebagai berkata mereka menentukan Aidiladha dengan cara melihat hilal dan hisab yang hasil perkiraannya kemudiannya dibawa dalam mesyuarat khas sebelum diumumkan kepada para pengikut mereka.

Beliau berkata asas perkiraan tarikh Aidiladha ialah "selepas 100 hari tarikh 1 Ramadan, maka jatuhlah tempoh Aidiladha".

Sementara itu Jawatankuasa Kepimpinan Muhammadiyah yang merupakan organisasi agama berpengaruh di Indonesia hari ini mengunjungi Presiden Joko Widodo untuk memohon maaf kerana para pengikut mereka akan menyambut Aidiladha esok iaitu sehari lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan pihak kerajaan.

Pemerintah Indonesia sebelum ini mengisytiharkan Aidiladha disambut pada Khamis.

Ketua Umum Muhammadiyah, Haedar Nashir dipetik sebagai berkata pertubuhan itu turut meminta agar kerajaan menjamin hak bagi umat Islam yang merayakan Aidiladha esok termasuk dengan memberi kelonggaran kepada mereka yang lewat masuk bekerja kerana menyambut Aidiladha.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Naqsabandiyah , Aidiladha

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan