Lelaki Mirip Obama Jadi Pelakon

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 10:28 AM

Xiao bergambar bersama salah seorang krew penggambaran filem tersebut.

(Ubah saiz teks)

GUANZHOU: Impian seorang lelaki warga China, Xiao Jiguo yang memiliki wajah mirip Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bergelar pelakon akhirnya menjadi kenyataan apabila dia dipilih untuk melakonkan watak samseng.

Xiao diberi kepercayaan untuk membintangi filem berunsur komedi detektif berjudul Huo Bao.

Filem itu dijadualkan untuk tayangan pada tahun depan.

Xiao yang memegang watak sebagai Black Prince Charming, menumbuk pelakon utama dalam satu babak pergaduhan.

"Saya hanya melakonkan watak sampingan sebagai samseng. Jadi apabila saya diarahkan untuk memukul pelakon watak utama, saya akan melakukannya," kata Xiao.

Pemuda berusia 29 tahun itu pernah membuat beberapa penampilan dengan meniru gaya Obama dan berucap dalam Bahasa Inggeris.

"Bahasa Inggeris saya teruk, jadi apabila saya bercakap di atas pentas, ia adalah campuran bahasa Inggeris olok-olok.

"Saya akan bertutur apa saja yang terlintas di fikiran," katanya.

Secara kebetulan, Xiao berkongsi jenis darah sama dengan Obama manakala hari lahirnya jatuh lewat sehari selepas hari lahir Presiden AS itu.

Xiao sebelum ini pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum mengambil keputusan menjadi pelakon.



Tags / Kata Kunci: Barack Obama , China , Xiao Jiguo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan