Hungary Iklan Amaran Kepada Pendatang

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

BEIRUT: Selepas menutup sempadannya, kerajaan Hungary bertindak menyiarkan iklan di akhbar Lubnan memberi amaran kepada migran supaya tidak memasuki sempadannya secara haram jika tidak mahu dihukum penjara.

Menerusi iklan halaman penuh di beberapa akhbar tempatan terkemuka, kerajaan negara itu memaklumkan: “Tindakan tegas kini diambil terhadap mereka yang memasuki negara ini secara haram.

“Jangan hiraukan penyeludup manusia. Hungary tidak akan membenarkan pendatang asing memasuki sempadannya.”

Iklan itu disiarkan dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Lubnan mempunyai hampir 1.2 juta pelarian Syria dengan ada antara mereka menyuarakan keinginan berpindah ke Eropah untuk peluang kerja dan bantuan yang lebih baik.

Hungary yang menutup sempadannya dengan Serbia pada 15 September lalu membina satu lagi pagar besi di sempadan Beremend berhampiran Croatia bagi mengekang kemasukan migran, namun gagal menghalang golongan itu.

Awal bulan ini, Menteri Imigresen, Integrasi dan Perumahan Denmark turut menyiarkan iklan di akhbar Lubnan bertujuan menghalang migran ke negaranya.

Iklan itu turut mengumumkan Denmark mengurangkan bantuan sosial kepada migran 50 peratus selain memberi amaran mereka yang ditolak permohonan suaka akan terus dihantar pulang ke negara asal. - AP


Tags / Kata Kunci: Lubnan , Hungary , migran

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan