Letupan Bangkok: Pengebom Mungkin Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 12:13 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar gambar dua lelaki - salah seorang daripada mereka dipercayai adalah pengebom 'berbaju kuning' dalam tragedi letupan di Kuil Erawan di sini bulan lalu.

Maklumat itu disampaikan seorang pegawai keselamatan Thailand pada Ahad.

Gambar kedua ialah suspek 'baju biru' yang didakwa melempar bahan letupan ke dalam Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Sathorn.

Agensi keselamatan Thailand akan memeriksa sama ada gambar kedua-dua lelaki yang ditahan oleh Cawangan Khas PDRM di Kuala Lumpur sepadan dengan imej yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Sebelum ini polis menahan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Pakistan selepas dipercayai bersekongkol dengan suspek utama kejadian pengeboman di Bangkok.

Ketiga-tiga mereka dikenal pasti hasil perkongsian maklumat antara PDRM dan Polis Diraja Thailand, dalam mengesan semua suspek yang dikesan melalui rakaman CCTV.

Dalam insiden serangan 17 Ogos lalu, 20 orang terbunuh, termasuk lima rakyat Malaysia manakala lebih 100 lagi mengalami kecederaan.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek berbaju kuning yang sebelumnya menyandang beg galas hitam dilihat meninggalkan lokasi serangan kemudiannya tanpa beg itu.

Polis Thailand sehingga kini sudah menahan tiga suspek termasuk dua warga asing serta mengeluarkan 12 waran tangkap bersabit kes itu.

Tags / Kata Kunci: Pengebom Bangkok

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan