Pelancong Maut Terjatuh Ketika Cuba Selfie Di Taj Mahal

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pelancong warga Jepun yang cuba mengambil gambar selfie di Taj Mahal meninggal dunia selepas terjatuh di tangga dan terkena serangan jantung.

Portal Mail Online melaporkan Hideto Uedo yang berusia 66 tahun itu dipercayai sedang mengambil gambar di Royal Gate ketika kejadian berlaku.

"Dia dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan," kata Sushant Gaur kepada AFP.

"Satu bedah siasat dijalankan dan punca kematian adalah serangan jantung. Kita telah memaklumkan kedutaan Jepun mengenai insiden malang itu."

Uedo ditemani tiga yang lain serta seorang pemandu pelancong warga tempatan ketika dia terjatuh selepas memanjat tangga di makam yang diperbuat daripada marmar putih itu, kata seorang pegawai yang mengendalikan pelancong di balai polis di Agra.

BBC memetik seorang saksi, Sagar Singh sebagai berkata bahawa pelancong berkenaan terjatuh semasa hendak bergambar selfie di Royal Gate di Taj Mahal.

Taj Mahal yang merupakan tarikan utama pelancong di India dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan sebagai makam untuk isteri tercintanya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika bersalin pada 1631.

Makam tersebut menerima kunjungan kira-kira 12,000 pelawat sehari. - Mail Online

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan