Nama Steve Jobs Bakal Tercemar Dalam Dua Buah Filem Baru Mengenainya

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 6:10 PM

Steve Jobs...pencipta dan pengasas produk-produk Apple. Dua buah filem baru mengenai dirinya bakal mencemarkan nama baiknya sebagai teknokrat yang dipuja dan disanjung selama ini.

(Ubah saiz teks)

> Dua buah filem baru yang bakal ditayangkan bakal menjejaskan reputasi ikon Apple itu

> Steve Jobs bakal digambarkan sebagai seorang teknokrat yang tidak berhati perut

> Dia juga digambarkan sebagai seorang yang menikam kawan-kawannya dari belakang

> Jobs juga tidak memperdulikan anak perempuannya walaupun dia kaya raya

NEW YORK: Pemilik dan pencipta jenama Apple, mendiang Steve Jobs bakal digambarkan sebagai seorang teknokrat yang tidak berhati perut dan kejam dalam dua buah filem yang akan memasuki panggung tidak lama lagi, di sebalik segala sanjungan dan kejayaannya membina sebuah empayar sehingga menjadi firma Amerika yang terbesar di dunia.  

Kemunculan filem itu juga secara kebetulan jatuh pada ulang tahun kematian Jobs yang keempat.

Jobs meninggal dunia empat tahun lalu pada usia 56 tahun kerana sakit kanser.

Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta iPhone, iPad dan iPod serta menjadi sanjungan ramai sehinggakan ada yang memberi keutamaan kepada produk jenamanya lebih daripada keluarga mereka.

Dan hanya minggu lalu, syarikatnya Apple telah memperkenalkan produk iPhone dan iPad yang terbaru yang bakal menembusi pasaran November nanti.

Apple memperolehi pendapatan sehingga AS$182 bilion tahun lalu, menjadikannya sebagai firma paling bernilai di muka bumi buat masa ini.

Bagaimanapun portal berita Britain, Mail Online melaporkan, dua buah filem mengenai kisah hidup Steve Jobs yang bakal terbit itu nanti akan memberikan perspektif yang berlainan yang selama ini jarang-jarang diketahui oleh masyarakat umum.

Filem pertama, arahan Danny Boyle (pengarah koreografi pembukaan Sukan Olimpik London 2012), akan dibintangi oleh Michael Fassbender dan Kate Winslet bakal memasuki panggung November nanti. Ia mengambarkan Jobs sebagai seorang egoestik, tidak berhati perut yang menikam kawan baiknya sendiri dari belakang untuk mencapai keuntungan.

Paling teruk, dia bakal digambarkan sebagai seorang yang enggan mengaku anak perempuannya sebagai anak sendiri.

Anak perempuannya itu lahir hasil daripada hubungannya dengan teman wanita sekolej dengannya dahulu.

Walaupun kesnya itu dibawa ke mahkamah dan selepas ujian DNA, terbukti dia adalah bapa kepada anak perempuan tersebut tetapi akhirnya dia hanya memberikan wang nafkah sebanyak AS$500 sebulan sahaja sedangkan dia bernilai AS$200 juta ketika itu.

Filem ini mendapat khidmat nasihat daripada Steve Wozniak, rakan kongsi Jobs yang pertama di Apple yang berakhir sebagai mangsanya yang menyaksikan bagaimana Jobs enggan berkongsi namanya dengan Wozniak sebagai pencipta dan pengasas bersama Apple.

Wozniak kemudian mendapat tahu yang Jobs telah menjual permainan komputer hasil ciptaannya sendiri (Wozniak) kepada pengeluar Jepun dengan harga AS$7,000 tetapi mengaku ia dijual pada harga AS$700 sahaja. 

Bagaimanapun, gambaran yang lebih brutal bakal muncul dalam filem kedua berjudul 'Steve Jobs: The Man In The Machine'.

Filem itu berasaskan interbiu yang pernah dijalankan dengan rakan-rakan Jobs termasuklah bekas teman wanita yang ditinggalkannya.

Ia bakal mengambarkan bagaimana Jobs, sejak awal penubuhan Apple di tahun-tahun lewat tujuh puluhan sudah pun bersikap kejam dan keras khususnya ke atas rakan-rakan dan pekerjanya sendiri.

Rumah tangga kawan-kawan yang datang bekerja dengannya di Apple musnah kerana mereka dipaksa oleh Jobs untuk bekerja tanpa henti sepertimana dirinya.

Filem itu nanti akan mengambarkan bagaimana Jobs menjadi seorang yang imun undang-undang kerana syarikatnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi Amerika Syarikat. Sebarang tindakan undang-undang ke atasnya akan meruntuhkan empayar yang telah dibina itu sekaligus meruntuhkan ekonomi Amerika.

Hanya masa yang akan menentukan sejauh manakah pendedahan ini akan diterima dengan terbuka oleh pengikut-pengikut setia Jobs yang melihatnya sebagai seorang keramat yang mengubah gaya hidup manusia di abad ini.


Tags / Kata Kunci: Steve Jobs , Apple , iPad , iPhone , iPod , Steve Wozniak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan