Serangan Bangkok: Polis Thailand Yakin Dapat Soal Suspek Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Thai yakin akan berpeluang menyoal siasat tiga suspek yang diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan yang masih berjalan terhadap sekumpulan individu yang bertanggungjawab  dalam serangan bom di tengah-tengah kota Bangkok, 17 Ogos lepas.

"Kami tidak pernah mengenakan syarat antara satu sama lain kerana kami mempunyai hubungan yang baik. Malaysia dan Thailand telah bekerjasama buat sekian lama," kata Ketua Polis Thai Jen Somyot Pumpanmueng pada satu sidang akhbar di sini.

Somyot berkata pasukan polis Thai yang dihantar ke Malaysia pada 15 Ogos mungkin tidak berpeluang menyoal siasat suspek secara langsung tetapi pasukan kedua yang dihantar hari ini mungkin berpeluang menyoal suspek esok atau lusa, selepas PDRM selesai siasatan mereka.

"Kami perlu memberikan polis Malaysia untuk menyiasat perkara itu dahulu," katanya.

Pilihan lain, polis Thai boleh menyediakan soalan untuk ditanya menerusi PDRM jika ada halangan perundangan untuk polis Thai menyoal siasat suspek, katanya.

"Saya percaya kami mungkin berpeluang untuk mendapatkan maklumat atau perkara lebih terperinci daripada perbincangan," katanya.

Beliau berkata polis Thai yakin kerana kedua-dua pihak saling bekerjasama dalam segala aspek.

Beliau berkata kerjasama itu termasuk menyerahkan beratus kereta yang dicuri dan dibawa masuk ke Thailand kembali ke Malaysia tetapi kerjasama seperti itu jarang mendapat liputan media.

Somyot juga berkata polis Thai masih belum dapat memastikan penglibatan tiga suspek itu sama ada dalam pemerdagangan manusia atau perancangan serangan bom berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Bangkok , PDRM , Thailand

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan