Ketua Penyeludup Warga Bangladesh Ke Malaysia Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Polis Bangladesh berjaya menahan dalang utama pemerdagangan manusia yang dikendaki di Malaysia kerana bertanggungjawab menyeludup masuk beratus pendatang haram.

Polis menahan sekurang-kurangnya 20 penyeludup manusia pada bulan lalu termasuk Dil Mohammad yang merupakan 'kepala' kumpulan itu di Teknaf sempadan Myanmar.

Polis Teknaf, Inspektor, Kabir Hossain berkata, Mohammad, 45 ditahan sejurus tiba di Bangladesh dari Malaysia.

"Mohammad dikehendaki di Malaysia dan Thailand kerana terlibat dalam penyeludupan ratusan pendatang Bangladesh ke Malaysia menggunakan bot dari Teluk Bengal," kata Hossain.

Polis Bangladesh menyasarkan penyeludup yang terlibat selepas didakwa membawa pelarian Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh dan meninggalkan mereka di lautan.

Selain itu ia juga merupakan tindakan susulan selepas Thailand merungkai aktiviti penyeludupan manusia yang menyebabkan ribuan terdampar di perairan dan ditinggalkan di kem dalam hutan, termasuk dibunuh.

Penyeludup itu didakwa cuba bersembunyi di kampung masing-masing di Bangladesh ketika musim monsun.

"Penyeludup beransur-ansur pulang selepas musim monsun berakhir," ujar Hossain.

Pakar mengatakan keadaan lautan akan mula tenang pada minggu hadapan penyeludup akan mula mengembara dari Thailand dan Malaysia.

"Penyeludup mengumpul kekuatan untuk mulakan kerja mereka. Kami mendapat laporan bahawa mereja sedang bergerak aktif di peringkat akar umbi," kata Shakirul Islam 


Tags / Kata Kunci: Bangladesh , Rohingya

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan