Putera Harry Kembali Jalin Hubungan Dengan Bekas Kekasih?

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 1:45 PM

Putera Harry (kanan) menyambut hari ulang tahun ke-31 bersama bekas kekasih, Cressida Bonas (kanan).

(Ubah saiz teks)

PUTERA Harry menyambut hari kelahirannya yang ke-31 bersama bekas kekasih, Cressida Bonas, sekali gus khabar angin bertiup kencang mengenai kedua-dua mereka kembali menjalinkan hubungan cinta.

Portal Mirror melaporkan Putera Britain meluangkan masa bersama pelakon berusia 26 tahun itu dan teman-teman rapat di sebuah pub di London pada malam Rabu.

Kemunculan mereka bersama selepas Cressida dikatakan berpisah dengan teman lelakinya.

Harry dan Cressida memutuskan hubungan mereka pada Mac tahun lalu kerana perselisihan faham.

Pasangan itu sebelum ini menjalinkan hubungan selama dua tahun.

Walaupun kedua-dua mereka dilihat meraikan hari ulang tahun Putera Britain itu, namun sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu Mail Online bahawa mereka 'pasti' tidak berpacaran lagi. 

Sebelum bertemu Cressida di pub, Putera Harry menghadiri majlis ulang tahun pertempuran Britain ke-75. 


Tags / Kata Kunci: Putera Harry

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan