Jutawan Selebriti Donald Trump Makin Popular Sebagai Calon Presiden

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 5:21 PM

Donald Trump...jutawan selebriti yang kini menjadi calon popular untuk mewakili Parti Republikan dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat tahun depan.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Ahli-ahli Parti Republikan semakin ketara merasakan yang jutawan selebriti terkenal Donald J. Trump mempunyai peluang yang lebih cerah memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2016 berbanding calon-calon yang lain seperti anak bekas presiden Jeb Bush dan tokoh terkenal Scott Walker.

Menurut bancian yang dilakukan oleh akhbar The New York Times dan stesen televisyen CBS News, walaupun terdapat anggota-anggota parti itu yang masih tidak pasti dengan calon pilihan mereka tetapi ahli perniagaan itu semakin dilihat boleh diterima sebagai calon mewakili Republikan.

Bancian itu mendapati, 39 peratus anggota utama dan kaukus Republikan melihat Trump sebagai calon terbaik buat masa ini untuk merampas kembali kerusi presiden dari tangan Demokrat, berbanding 26 peratus menurut bancian CBS bulan lalu.

Hanya 15 peratus berkata, mereka tidak akan menyokong Trump sebagai calon Republikan.

Ben Carson, seorang lagi calon parti itu yang menawarkan diri sedang bersaing hebat dengan Trump.

Carson sepertimana Trump tidak mempunyai susur galur politik dan latarbelakang keluarga politik seperti Jeb Bush. Carson adalah bekas pakar bedah neuro kini berada di belakang Trump dari segi sokongan dengan memperolehi 23 peratus.

Kedua-dua mereka muncul calon kesukaan ramai selepas mengambil bahagian dalam debat nasional yang menjadi sebahagian daripada acara popular pada setiap musim pemilihan presiden baru.

Debat kedua Parti Republikan akan berlangsung pada Rabu petang waktu tempatan di Perpustakaan Presidensial Ronald Reagan di Simi Valley, California.

Sementara itu di kalangan calon-calon Parti Demokrat pula, rasa tidak selesa dengan Hillary Rodham Clinton semakin meningkat sekaligus membuka laluan baru kepada Naib Presiden sekarang, Joseph R. Biden Jr. sebagai calon pilihan alternatif.

Hillary Clinton yang merupakan isteri kepada bekas Presiden Bill Clinton pernah berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat pada penggal pertama pentadbiran Barack Obama.

Obama tidak layak untuk mempertahankan jawatannya lagi kerana telah berkhidmat selama dua penggal sebagai presiden.

Di bawah perlembagaan Amerika, setiap presiden hanya dibenarkan berkhidmat sebanyak dua penggal berturut-turut sahaja. Setiap penggal adalah selama empat tahun.

Masalah Hillary sekarang ialah, beliau semakin kehilangan sokongan daripada kaum lelaki daripada partinya dan ini memberi ancaman yang sangat besar ke atas pencalonannya nanti.

Berdasarkan bancian semasa, setiap enam daripada 10 anggota Demokrat merasakan mereka mahu melihat Biden menyertai persaingan sebagai calon.

Pencalonan untuk calon semua parti hanya akan bermula mulai Februari tahun depan. Sehingga itu, siapa sahaja boleh mengisytiharkan dirinya berminat untuk menjadi calon dan melancarkan pasukan kempen masing-masing.

Yang menariknya ialah, pada waktu ini dalam pemilihan yang lalu, tidak ada seorang pun yang muncul sebagai calon popular mana-mana parti berakhir sebagai calon rasmi mereka.


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan