Jokowi Kerah Tentera Tambahan Padam Kebakaran

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 3:34 PM

Jokowi (depan) diiringi Panglima Tentera Indonesia, Gatot Nurmantyo ketika meninjau situasi jerebu di kampung Pulo Keronngan, Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan pada awal September lalu.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jerebu yang semakin tebal mendorong kerajaan Indonesia mengerah 1,600 tentera tambahan untuk membantu memadam kebakaran hutan dan belukar negara itu.

Arahan dikeluarkan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi selepas keadaan darurat akibat jerebu tebal diisytiharkan di Riau pada Isnin.

Anggota tambahan itu bakal menyertai lebih 1,000 lagi askar yang sudah dikerahkan memadam kebakaran di wilayah Riau dan Sumatera Selatan.

Jerebu tebal akibat pembakaran hutan di Sumatera dan kepulauan Borneo ketika musim kemarau menjadi isu tahunan di rantau Asia Tenggara.

Kebiasaannya kebakaran dicetuskan petani tempatan dan syarikat perladangan yang membersihkan hutan untuk tanaman semula.

Selepas mengisytiharkan penghantaran askar tambahan itu, Jokowi juga mengarahkan pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang menyebabkan kebakaran.


Tags / Kata Kunci: Jokowi , jerebu , tentera

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan