Hungary Tutup Sempadan

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

BUDAPEST: Kebanjiran pendatang dari negara bergolak ke Hungary mendorong negara itu mengisytiharkan darurat dalam usaha untuk menangani isu itu.

Dalam tempoh 24 jam sebelum pintu sempadannya dengan Serbia ditutup, lebih 9,000 pendatang memasuki negara itu.

Situasi itu menyebabkan Hungary bercadang mendapatkan khidmat tentera untuk menghalang kemasukan rakyat asing ke negara itu.

Sebaik undang-undang sempadang dikuatkuasakan, polis dan tentera mula menahan pendatang Syria, Iraq dan Afghanistan di sempadan negara itu.

Malahan, ada anggota pasukan keselamatan yang sekadar menghulurkan makanan kepada pendatang itu, tetapi tidak membenarkan mereka masuk.

“Kami tidak mahu makanan. Kami mahu ke Kesatuan Eropah (EU). Kami terlalu letih,” kata pendatang Afghanistan Abbas Mandegar.

Hungary yang menjadi barisan hadapan krisis pelarian terburuk pernah melanda Eropah sejak perang Balkan pada 1990-an berikrar menutup pengaliran masuk pendatang menerusi Semenanjung Balkan untuk ke utara dan barat Eropah.

Tags / Kata Kunci: Hungary , Serbia , pelarian

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan