Atas Permintaan Ramai Facebook Akan Perkenal Butang 'Tidak Suka'

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Laman sosial paling popular di dunia, Facebook akhirnya akur dengan permintaan para pelanggannya untuk memperkenalkan punat 'tidak suka' atau 'dislike button'.

Facebook sebelum ini tidak cenderung untuk menambah atau memperkenalkan penampilan butang 'tidak suka' itu walaupun menerima desakan yang berterusan daripada para penggunanya.

Bagaimanapun, pemilik Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan pada Selasa yang mereka akhirnya setuju dengan permintaan tersebut.

"Sudah bertahun kami menerima permintaan supaya satu butang baru diperkenalkan dan kini kami sedang mengusahakannya," ujar beliau dalam satu sesi soal-jawab di firma teknologi, Sunnyvale, Amerika Syarikat.

Menurut Zuckerberg, Facebook pada mulanya enggan melayani permintaan tersebut kerana khuatir laman sosial itu nanti akan digunakan sebagai forum untuk mengundi 'suka' atau 'tidak suka' berkaitan isu yang dimuatnaikkan.

"Kami di Facebook tidak mahu mewujudkan satu komuniti yang seperti itu. Kita tidak mahu satu situasi yang mana ada pengguna yang ingin berkongsikan sesuatu yang penting bagi dirinya dan kemudian ada orang yang 'downvote' dengan menggunakan butang ikon 'Tidak Suka'," kata Zuckerberg lagi.

Namun begitu, Zuckerberg tidak menyatakan bilakah mereka akan memperkenalkan butang baru itu.

Zuckerberg lebih perihatin untuk memastikan yang butang baru itu nanti tidak disalah gunakan sebagai cara untuk menyatakan rasa 'tidak suka' kepada posting yang lain.

"Kita harus memikirkan apa kah cara yang betul untuk menggunakan butang baru itu nanti. Ia harus menjadi ikon yang baik dan bukan usaha untuk memperlihatkan sesuatu yang buruk ke atas orang lain. 


Tags / Kata Kunci: Facebook , Mark Zuckerberg

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan