Tujuh Jemaah Haji Indonesia Disahkan Maut

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 12:10 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Tujuh jemaah haji Indonesia disahkan terkorban setakat ini akibat tragedi kren tumbang di Masjidilharam, Makkah yang keseluruhanya meragut 107 nyawa.

Tujuh jemaah yang terbunuh itu dikenali sebagai, Masnauli Hasibuan, Siti Rasmi Darmini, Painem Dalio Abdullah, Saparini Baharuddin Abdullah, Nurhayati Rasad Usman, Ferry Mauludin Arifin dan Adang Joppy.

Terdahulu, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan dua jemaah haji negara itu terbunuh dalam kejadian berkenaan, manakala 33 lagi cedera.

Bagaimanapun, Kementerian Agama Indonesia dalam kenyataan  memberitahu, lima lagi jemaah negara itu disahkan terbunuh, menjadikan jumlah korban meningkat kepada tujuh orang.

Menurut kenyataan itu lagi, 41 jemaah Indonesia cedera dan 31 daripada mereka kini dirawat di beberapa hospital sekitar Makkah.

Jurucakap Kementerian Agama Indonesia, Rosyidin berkata, setakat ini, jumlah jemaah negara itu yang terbabit dalam kejadian berkenaan mencecah 48 orang dengan tujuh daripadanya terbunuh.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 31 jemaah dirawat di hospital akibat kecederaan yang mereka alami dan selebihnya cedera ringan.

“Seramai 31 jemaah yang cedera dimasukkan ke hospital di sekitar Makkah, tetapi 10 daripada mereka telah dibenarkan pulang,” katanya.

Kren gergasi yang terletak di Masjidilharam tumbang jam 5 petang waktu Arab Saudi ketika cuaca buruk Jumaat lalu.


Tags / Kata Kunci: jemaah haji , Indonesia , Makkah , kren

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan