PM Australia Tony Abbott Tewas Dalam Pemilihan Parti

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 8:58 PM

Malcolm Turnbull, bakal PM Australia yang baru selepas anggota-anggota parlimen Parti Liberal yang memerintah negara itu membuat keputusan untuk menyingkirkan Tony Abbott, perdana menteri sekarang sebagai pemimpin parti berkenaan.

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Australia nampaknya akan mendapat seorang perdana menteri baru apabila Tony Abbott tewas kepada anggota kabinetnya sendiri Malcolm Turnbull selepas ahli-ahli parlimen Parti Liberal yang diterajuinya membuat keputusan untuk menukar pucuk pimpinan parti mereka.

Abbott, mendapat 44 undi manakala Turnbull, 54.

Anggota-anggota parlimen Parti Liberal bagaimanapun membuat keputusan untuk mengekalkan Julie Bishop sebagai timbalan ketua parti berkenaan.

Turnbull akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru sebaik sahaja Abbott mengemukakan surat perletakan jawatan secara rasmi kepada Gabenor Jeneral Australia (wakil Ratu Britain dan Komanwel).

Sebelum pengundian berlangsung, Turnbull terlebih dahulu memberi amaran sekiranya Abbott masih terus kekal sebagai pemimpin mereka, kerajaan campuran persekutuan yang memerintah sekarang akan tewas pada pilihan raya akan datang.

Tony Abbott

"Adalah amat jelas sekali, kepimpinan Abbott gagal menerajui ekonomi negara ini sebagaimana yang sepatutnya dan Australia sendiri memerlukan gaya kepimpinan baru, Kata Turnbull dalam satu sidang akhbar khas.

Turnbull kini akan menjadi perdana menteri Australia yang keempat dalam tempoh tidak sampai lima tahun.

Pada Jun 2013, Julia Gillard yang menerajui kerajaan yang dipimpin Parti Buruh telah digulingkan oleh Kevin Rudd yang juga bekas perdana menteri dengan cara yang sama sepertimana sekarang.

Gillard menjadi perdana menteri sebelum itu dengan menundukkan Rudd pada 2010 menerusi undi tidak percaya oleh ahli-ahli parlimen Parti Buruh.

Selepas Rudd merampas kembali kuasa dari tangan Gillard, Parti Buruh tewas kepada Parti Liberal pimpinan Tony Abbott dalam pilihan raya umum Australia.

Malcolm Turnbull sebelum ini berkhidmat sebagai menteri komunikasi di bawah pentadbiran Abbott sebelum meletakkan jawatan dengan niat untuk mencabar kepimpinan Abbott.

Beliau pernah menjadi pemimpin Parti Liberal ketika parti itu menjadi pembangkang antara 2008-2009 tetapi kemudiannya tewas di tangan Abbott dengan hanya satu undi dalam pemilihan parti itu.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan