Pegawai Bank Thai Turut Maut Dalam Kejadian Di Makkah

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Jabatan Hal Ehwal Haji Thailand melaporkan sorang warga Thai meninggal dunia sementara tiga lagi cedera dan seorang hilang dalam kejadian kren tumbang di Makkah pada Jumaat.

Yang meninggal ialah seorang wanita yang dikenali sebagai Wanida Sadi, 48,  dari Pattani dan bekerja di Bangkok.

Menurut abang wanita berkenaan, Lt (Polis) Niksoh Sadi, Wanida bertugas sebagai pegawai bank dan berangkat ke tanah suci pada 19 Ogos lalu.

Wanida berangkat bersama kakak dan bapa saudaranya.

Mereka dijadual pulang ke Thailand pada 7 Oktober.

Ibu Wanida yang dikenali sebagai Tuwaesong, 76, dikatakan terkejut dan merasa dukacita dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Gabenor Wilayah Pattani, Wirawong Keaw-suwang yang mewakili Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha menyampaikan surat ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham.

Sementara itu mereka yang cedera dikenali sebagai Puan Maeyoh Teamo, 47, dari Pattani, Tuan Na-imah Na Nakorn (umur tidak dinyatakan) dari Narathiwat dan Ismail Sasu, 48, dari Yala.

Keadaan mereka dilapor stabil.

Yang dilapor hilang belum diketahui identitinya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Thai , Wanida Sadi , Makkah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan