Lima Maut Dalam Protes Antikerajaan Di Nepal - Berita Dunia | mStar

Lima Maut Dalam Protes Antikerajaan Di Nepal

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 5:39 PM

Sebahagian rakyat yang merusuh menentang kerajaan Nepal berdepan pasukan keselamatan di kawasan berhampiran Parlimen negara itu, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Rusuhan antikerajaan mengorbankan lima orang termasuk seorang pegawai polis di Jaleshwar dan Janakpur, kira-kira 450 kilometer (km) dari sini, Jumaat.

Empat terbunuh selepas polis melepaskan tembakan semasa rusuhan di bahagian selatan negara itu, manakala seorang pegawai polis berpangkat sub-Inspektor dibelasah hingga mati oleh kumpulan penunjuk perasaan di Jaleshwar.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri hari ini, lebih 40 orang mengalami kecederaan termasuk 13 dilaporkan kritikal dalam kejadian tersebut.

Kementerian itu menyebut polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri selepas kumpulan penunjuk perasaan bertindak ganas dengan menyerang anggota polis serta mahu menyerang bangunan kerajaan.

Penduduk di bahagian selatan bersempadan dengan India, yang dikenali sebagai Terai dan Madhes, mula melancarkan bantahan kerana menentang parti-parti utama persekutuan mencadangkan agar Dewan Perhimpunan (Parlimen) diperbadankan ke dalam perlembagaan.

Penduduk di tanah dataran selatan majoritinya berasal dari India telah menuntut autonomi untuk wilayah mereka.

Berikutan bantahan yang bertukar ganas, tiga parti utama termasuk parti Kongres Nepal pimpinan Perdana Menteri Sushil Koirala telah menangguhkan proses penggubalan perlembagaan selama dua hari dan merayu part-parti yang menentang tampil ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian melalui dialog.

Bagaimanapun kumpulan penentang menolak tawaran tersebut dan bertegas akan meneruskan bantahan sehingga tuntutan dipenuhi.

Antara tuntutan kumpulan terbabit ialah autonomi wilayah persekutuan di tanah dataran selatan, pengunduran tentera dari kawasan rusuhan, pampasan terhadap waris mangsa yang terkorban dan cedera dalam rusuhan, serta pembubaran proses penggubalan perlembagaan yang berlangsung sekarang.

Nepal kini dalam proses menggubal perlembagaan melalui Dewan Perhimpunan bagi memeterai perjanjian damai yang ditandatangani antara kerajaan dan pemberontak komunis pada 2006.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Nepal , rusuhan
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan