Rakyat Singapura Keluar Mengundi Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 8:16 AM

Rakyat Singapura mula keluar mengundi pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Hampir 2.4 juta pengundi layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Singapura Ke-13 bagi menentukan kepimpinan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sebanyak 832 pusat mengundi mula dibuka kira-kira pukul 8 pagi Jumaat.

Pusat mengundi akan ditutup pada pukul 8 malam Jumaat.

Sembilan parti yang bertanding termasuk Parti Tindakan Rakyat (PAP), Parti Pekerja (WP), Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Perpaduan Nasional (NSP), Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Reformasi (RP), Singaporeans First (SF) dan Parti Kuasa Rakyat (PPP).

Pengundi di republik itu akan mengundi untuk memilih 89 anggota Parlimen di 29 kawasan di republik tersebut.

Buat pertama kali dalam sejarah negara itu, PAP berdepan cabaran sengit selepas parti itu dicabar di setiap kerusi yang ditandinginya.

Pada pilihan raya umum tahun 2011, PAP mengekalkan kuasanya dengan memenangi 81 daripada 87 kerusi Parlimen dengan menerima 60.14 peratus daripada jumlah undi, paling rendah diperoleh sejak mencapai kemerdekaan.

Pilihan raya kali ini juga sengit apabila lapan parti pembangkang termasuk Parti Pekerja (WP) yang dilihat mampu memberi saingan kepada PAP dengan menampilkan calon masing-masing dengan harapan untuk merampas lebih banyak kerusi Parlimen.

Keputusan pilihan raya dijangka diketahui pada pukul 11 malam Jumaat.

PRU 2015 merupakan pilihan raya umum pertama republik ini sejak kematian perdana menteri pertamanya Lee Kuan Yew pada Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: PRU-13 , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan