Bendera Palestin Bakal Berkibar Di PBB

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 1:06 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan Palestin mengibarkan benderanya di ibu pejabat badan dunia itu di bandaraya ini sebagai simbolik bagi menyokong aspirasi penubuhan negara itu.

Perhimpunan Agung itu mengundi draf resolusi berkenaan yang mendapat sokongan 119 negara, lapan menentang termasuk Israel dan Amerika Syarikat, manakala 45 lagi berkecuali.

“Perkara ini simbolik tetapi ia juga satu lagi langkah untuk mengukuhkan negara Palestin di arena antarabangsa,” kata wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour.

Resolusi itu akan membolehkan bendera Palestin yang memiliki status pemerhati dikibarkan bersama-sama bendera negara anggota PBB.

Kini, PBB diberi masa 20 hari untuk melaksanakan langkah tersebut menjelang lawatan Presiden Mahmoud Abbas pada 30 September ini.

Riyad berkata, inisiatif itu berpotensi memberi harapan kepada rakyat Palestin bahawa masyarakat antarabangsa masih menyokong kemerdekaan negara bergolak itu.

“Situasi kini suram, muram, manakala proses politik sudah mati dan Gaza pula menderita. Bendera ini ibarat api lilin yang terus menghidupkan harapan rakyat Palestin,” tambahnya lagi. – AFP

Tags / Kata Kunci: PBB , Palestin , bendera

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan