PRU Singapura: Lebih 1.1 Juta Mengundi Setakat Tengah Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 4:10 PM

Petugas Pilihan Raya melakukan semakan terhadap kad pengenalan dan kawasan mengundi pengundi berdaftar bagi pengundian di Sekolah Pei Chun di sini, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sejumlah 1,153,570 rakyat Singapura telah mengundi pada pilihan raya umum negara itu setakat tengah hari Jumaat.

Proses pengundian yang berlangsung pada pukul 8 pagi itu akan tamat kira-kira pukul 8 malam Jumaat, menurut Jabatan Pilihan Raya.

Orang ramai beratur seawal 7.30 pagi untuk mengundi di pusat-pusat pengundian yang dibuka tepat 8 pagi.

Seramai 2.46 juta rakyat di negara ini layak mengundi sehingga 8 malam Jumaat dalam pilihan raya umum pertama yang menyaksikan setiap kerusi menghadapi pertandingan, sejak mencapai kemerdekaan pada 1965.

Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching, mengundi di Sekolah Rendah Alexandra di Tanjong Pagar.

Tanjong Pagar, kubu kuat PAP ketika di bawah pentadbiran pengasas Singapura moden dan bekas perdana menteri Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia pada Mac lepas, kali ini menyaksikan pertandingan.

Sebanyak 4,868 rakyat Singapura yang berada di luar negara turut layak untuk mengundi.

Mereka menunaikan tanggungjawab mengundi sehingga semalam (Khamis).

Tags / Kata Kunci: PRU Singapura

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan