Lelaki Nyaris Maut Diserang Anjing Pit Bull

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 9:46 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG gelandangan hampir maut selepas diserang seekor anjing jenis pit bull betina di Bedford-Stuyvesant pada Rabu.

Ketika kejadian, anjing milik seorang lagi pengganggur dilaporkan telah menyebabkan kecederaan parah terhadap lelaki berkenaan.

Bagaimanapun mangsa, Anthony Davis bernasib baik apabila seorang pegawai polis yang melalui tempat kejadian berjaya menembak mati anjing tersebut.

Polis berkenaan bertindak menembak kepala anjing itu berkali-kali bagi memastikan mangsa yang bekerja di sebuah rumah tahanan dapat diselamatkan.

Pemilik anjing tersebut yang berada di tempat kejadian berterima kasih kepada pegawai polis berkenaan kerana menembak mati mati binatang peliharaannya.

Meskipun telah memiliki anjing tersebut lebih dari 10 tahun, namun baginya nyawa manusia lebih penting.



Tags / Kata Kunci: Anjing , Polis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan