Thailand Belum Buat Keputusan Perbicaraan Suspek Pengeboman

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 9:50 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand belum membuat keputusan sama ada suspek dalam insiden pengeboman di ibu negara pada 17 Ogos lepas akan dibicarakan di mahkamah awam atau mahkamah tentera.

Para pegawai penyiasat dan peguam negara mempunyai peranan untuk menentukan mahkamah mana untuk membicarakan suspek bergantung kepada bukti, kata Ketua Polis Thailand, Pol.Jen. Somyot Pumpanmuang.

Jika kriteria memenuhi keperluan bagi mahkamah tentera, maka ia perlu dibawa ke mahkamah tersebut," katanya sambil menambah ia kes yang serius membabitkan pemprosesan bahan letupan dan senjata.

Semalam, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha mempersoalkan keperluan untuk suspek dibicarakan di mahkamah tentera.

Mengenai dalang serangan bom itu, yang menurut pengakuan Yusufu Mieraili telah melarikan diri ke Bangladesh sehari sebelum serangan bom itu, Somyot berkata polis Thailand tidak tahu kewarganegaraan dalang yang dikenali sebagai Ishan.

"Kami masih tidak tahu kewarganegaraannya, jadi negara manakah yang harus kami hubungi?," katanya ketika ditanya sama ada Thailand telah menghubungi negara asing untuk ekstradisi Ishan.

"Walaupun suspek telah ditangkap, pasport mereka adalah palsu," katanya".

Beliau berkata pihak berkuasa masih tidak pasti mengenai kerakyatan  Ishan kerana suspek yang ditahan menyatakan perkara yang berbeza hari demi hari.

Sementara itu, warga China, Yusufu Mieraili, telah dibawa ke beberapa lokasi semalam dan hari ini untuk lakonan semula peranannya dalam insiden serangan bom itu.

Jurucakap polis, Leftenan Jeneral Prawuth Thavornsiri berkata Yusufu mendedahkan bahawa dia membawa beg galas yang dipercayai mengandungi bom dan menyerahkannya kepada orang berbaju kuning (suspek yang wajahnya dirakamkan dalam CCTV di persimpangan Ratchaprasong).

Insiden itu berlaku di stesen kereta api di sekitar kawasan Hualamphong, kata beliau.

Prawuth berkata Yusufu mendedahkan ada perancangan untuk dia pergi ke lokasi tertentu di sekitar kawasan Hualamphong (kawasan stesen kereta api Bangkok) dan di sana, dia beri arahan melalui aplikasi WhatsApp untuk meletakkan beg galas di atas bangku
Yusufu berkata selepas meletakkan beg galas itu di atas bangku, dia terus meninggalkan tempat itu.

Orang berbaju kuning datang untuk mengambil beg galas tersebut dan meletakklan beg galas lain di sana, katanya.

Yusufu kemudian mengambil beg galas yang diletakkan oleh orang berbaju kuning di sana, kata Prawuth.

Tags / Kata Kunci: bom Bangkok , Somyot Pumpanmuang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan