Ribut Etau Melanda Tanah Besar Jepun

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 11:49 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Ribut Etau melanda Jepun pada Rabu bersama hujan lebat yang memaksa sebahagian penduduk berpindah ke tempat selamat manakala pengangkutan awam dihentikan sementara waktu.

Menurut agensi kaji cuaca negara itu, ribut sekuat 125 kilometer sejam itu mula melanda Aichi pada pukul 10 pagi hingga menyebabkan sistem penerbangan dan kereta api tergendala.

Malah satu amaran banjir dan tanah runtuh telah dikeluarkan kepada penduduk di Pulau Honshu.

Video yang dikeluarkan saluran televisyen tempatan mendapati rumah-rumah telah ditengelami air sehingga paras lutut.

Pada masa sama, sebanyak 10,000 penduduk di wilayah Mie telah diarahkan berpindah kerana mereka berdepan risiko tanah runtuh.

Tags / Kata Kunci: Jepun , Tokyo , Etau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan