Elizabeth II Catat Sejarah Ratu Paling Lama Memerintah Great Britain

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 7:15 PM

Foto terbaru Ratu Elizabeth II sepertimana yang dirakamkan oleh jurugambar selebriti, Mary McCartney yang juga merupakan anak kepada penyanyi kumpulan The Beatle, Paul McCartney. Gambar ini dirakamkan pada hari Ratu Elizabeth sedang memulakan tugas harian baginda sebagai pemerintah yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Great Britain. Di sisi baginda adalah beg khas merah yang dibekalkan kepada baginda oleh kerajaan Britain sebagai beg rasmi dokumen negara. Beg tersebut telah diguna oleh baginda sejak ditabalkan sebagai Ratu pada 1953.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Ratu Elizabeth II kini mencatat sejarah baru sebagai pemerintah paling lama dalam sejarah Great Britain - mengatasi rekod yang selama ini dipegang oleh moyangnya Ratu Victoria yang memerintah selama 63 tahun dan 216 hari antara tahun 1837 hingga 1901.

Keluarga Diraja Britain sepertimana Dinasti Maharaja Jepun memerintah negara mereka tanpa putus selama lebih 2,000 tahun menjadikan mereka antara dinasti paling lama wujud di atas muka bumi ini.

Elizabeth II, 89, ditabalkan sebagai Ratu pada 2 Jun 1953 pada usia 25 tahun ekoran kemangkatan ayahandanya Raja George VI pada 6 Februari 1952. Baginda adalah keturunan yang ke-32 kepada Raja Inggeris yang pertama iaitu Raja Alfred The Great yang memerintah dari tahun 871 sehingga 899 Masihi.

Pada lebih kurang jam 5.30 petang Rabu 9 September, Ratu Elizabeth akan memerintah negaranya selama 23,226 hari, 16 jam dan 30 minit - mengatasi rekod yang sebelum ini disandang oleh moyangnya sendiri.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan