Pesawat British Airways Terbakar Sejurus Sebelum Berlepas

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 8:55 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat British Airways yang membawa lebih 150 penumpang dan anak kapal terbakar di landasan Lapangan Terbang McCarran, Las Vegas sejurus sebelum ia berlepas pada Rabu.

Portal Mail Online melaporkan ketika kejadian, pesawat itu berada di landasan bagi memulakan penerbangannya ke Lapangan Terbang Gatwick di London.

Secara tiba-tiba pesawat berkenaan terbakar yang dikatakan akibat masalah di bahagian enjin.

Kesemua penumpang di dalam pesawat dengan segera dipindahkan keluar melalui gelongsor kecemasan.

Bagaimanapun, hanya dua orang dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan ringan.

Pesawat itu membawa 159 penumpang dan 13 anak kapal.

Setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti tetapi berdasarkan rakaman imej kelihatan kebakaran berpunca daripada bahagian kiri enjin.

Satu landasan ditutup berikutan insiden yang berlaku namun semua penerbangan diteruskan menggunakan landasan sedia ada.

Tags / Kata Kunci: British Airways

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan