850,000 Pelarian Dijangka Rentasi Laut Mediterranean - UNHCR

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Sekurang-kurangnya 850,000 pelarian dijangka merentasi laut Mediterranean bagi mencari perlindungan di Eropah pada tahun ini dan berikutnya.

Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menggesa dasar suaka lebih padu bagi menangani peningkatan bilangan itu.

Menurut UNHCR, kebanyakan pelarian dari Syria disebabkan pergolakan di negara mereka dan keadaan itu bertambah buruk di negara sekitar kerana kekurangan dana untuk pemberian bantuan.

Beratus-ratus telah maut di tengah laut.

"Pada 2015, UNHCR menjangkakan kira-kira 400,000 orang yang baharu tiba bagi mencari perlindungan di Eropah dengan melalui laut Meditteranean. Pada 2016, angka itu mungkin mencecah 450,000 orang atau lebih," katanya dalam satu dokumen rayuan. - Reuters

Tags / Kata Kunci: UNHCR , pelarian

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan