PM Jepun Kekal Jawatan Presiden Parti - Berita Dunia | mStar

PM Jepun Kekal Jawatan Presiden Parti

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 10:21 AM

Shinzo Abe.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kekal memegang jawatan itu buat penggal kedua selepas memperoleh kemenangan kali kedua berturut-turut dalam pemilihan presiden parti pada Selasa.

Abe yang mula mengambil alih jawatan tersebut pada Disember 2012 berjanji untuk mengembalikan kekuatan ekonomi dan memperkukuhkan pertahanan negara matahari terbit itu.

Beliau memenangi penggal selama tiga tahun sebagai presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) selepas pencabarnya yang merupakan bekas eksekutif LDP, Seiko Noda gagal untuk meraih tajaan yang cukup untuk bersaing dalam pemilihan parti.

"Saya akan mengembangkan proses pemulihan di setiap sudut wilayah dan negara, bagi menangani deflasi secara menyeluruh dan mewujudkan satu pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan berorientasikan masa depan," katanya. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Shinzo Abe
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan