Identiti 12 Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

HUTAN MELINTANG: Identiti 12 daripada 61 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam pada Khamis lepas telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata identiti kesemua mayat dikenal pasti melalui pengecaman anggota keluarga.

Beliau berkata 12 mayat yang dikenal pasti itu berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berada di Hospital Teluk Intan.

"23 mayat telah selesai dibedah siasat dan 12 daripadanya telah dikenal pasti. Sementara itu, enam mayat yang ditempatkan di Hospital Teluk Intan masih lagi melalui proses pengenalan diri.

"Saya dimaklumkan pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Indonesia akan tiba ke Ipoh bagi membantu proses mengenal pasti identiti mangsa yang lain," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang pada Isnin.

Mohd Shuhaily berkata setelah selesai proses pengenalan identiti, mayat terbabit akan menunggu proses penghantaran pulang ke Indonesia.

"Bagaimanapun, prosedur untuk penghantaran mayat-mayat itu memerlukan bantuan daripada pihak Kedutaan Indonesia," katanya.

Sabtu lepas, enam mayat dikenal pasti iaitu empat wanita dan dua lelaki melalui pengecaman anggota keluarga.

Usaha mencari dan menyelamat, yang bermula sejak Khamis lepas, membabitkan 338 anggota daripada tujuh agensi antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sehingga Ahad, pasukan mencari dan menyelamat menemui 61 mayat mangsa bot karam iaitu 23 wanita serta seorang kanak-kanak perempuan dan 37 lelaki.

Sebanyak 20 lagi mangsa, termasuk seorang wanita, terselamat selepas bot yang membawa kira-kira 80 penumpang itu karam di perairan Selangor pada pagi Khamis.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.

Tags / Kata Kunci: Bot Karam , Hutan Melintang , Indonesia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan