Zang Toi Tawar Produk Lain Lengkapi Perniagaan Fesyen

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 11:22 PM

Zang Toi.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Untuk kekal kompetitif serta mewujudkan sinergi produk, ikon fesyen Malaysia, Zang Toi turut mencari barisan produk lain yang akan melengkapkan perniagaan fesyen utamanya.

Selepas kejayaan pelancaran perniagaan kasut di Malaysia, Zang Toi, sering dirujuk sebagai wajah Malaysia paling terkenal di Amerika Syarikat.

Beliau telah mencari produk dan perkhidmatan lain sesuai dengan perniagaan fesyen arus perdananya di mana beliau telah membina kumpulan pelanggan yang eksklusif.

"Saya akan menjalin perkongsian dengan syarikat kertas dan kad ucapan, Papyrus bagi melancarkan beberapa siri kad ucapan dan kad nota.

"Pelancaran itu ditetapkan pada musim luruh 2016. Kad terbabit akan mempunyai reka cipta Zang Toi yang diinspirasi oleh fesyen dan gaya hidup saya," kata Toi dalam temu bual di pejabatnya.

Kad ucapan dan kad nota akan mencerminkan semua perkara yang diperjuang Zang Toi dalam dunia fesyen, daripada tahun-tahun awalnya sebagai pereka fesyen sehingga kepada koleksi terbarunya, dengan sebahagian kad mempunyai motif diinspirasi oleh gaya apartmen beliau yang direka bentuk begitu mewah.

Toi menyatakan yang kebanyakan kad itu akan diperindah dengan fabrik, permata dan bulu.

Asas pelanggannya yang ramai berkata, menggabungkan kad berkualiti Papyrus dengan reka cipta milik Toi sudah pastinya menjadi istimewa dan unik seperti fesyen pakaian Toi.

Toi akan mengadakan pertunjukan fesyen istimewa ciptaan fesyen musim bunga 2016 di New York pada 11 September, yang akan diikuti pertunjukan yang sama di Muzium Seni Tampa di Tampa, Florida pada 19 September.

Ini adalah venue yang baik disebabkan kepentingan nilai budaya dan sejarahnya," kata Toi.

Bagaimanapun, perkara penting mengenai siri pertunjukannya adalah pembabitan beliau dalam acara amal yang dianjurkan Puteri Arab Saudi, Reema Al Saud yang aktif menyokong kegiatan amal.

Toi telah mereka fesyen pakaian khusus untuk keluarga di raja berkenaan sejak 1996.

Hasil ciptaannya akan dipamerkan di Minggu Fesyen Timur Tengah di Dubai November depan.
 
Puteri Reema mengasaskan pertubuhan sosial Alf Khair, yang mempunyai wawasan untuk merebut peluang yang banyak di Arab Saudi, meningkat produktiviti dan mempromosi kreativiti, usaha keras dan reka bentuk kontemporari bagi membina generasi Arab yang bertanggungjawab, prihatin dan inovatif.

Aktiviti mewujudkan kesedaran dan pendidikan pertama Alf Khair adalah untuk manfaat Persatuan Kanser Buah Dada Zahra.

Hasil rekaan anak kelahiran Kelantan itu sangat dihargai bintang dan personaliti terkemuka Hollywood seperti Sharon Stone, Gong Li, Eva Longoria, Heather Graham, Ivana Trump, Melinda Gates dan mendiang Farah Fawcett.

Tindakan Kirstie Alley, bintang Hollywood dan rakan Toi, membuat pertunjukan beberapa tahun lepas semasa Minggu Fesyen New York di Lincoln Center New York dengan memakai gaun biru menakjubkan hasil rekaan Toi, telah menarik perhatian ramai pengkritik fesyen.

Berikutan ketidaktentuan ekonomi disebabkan pasaran saham China yang merudum, pengguna di Amerika Syarikat menjadi berhati-hati dan menyebabkan pembelian merosot.

Bagaimanapun, trend umum ini kebanyakannya berkait dengan pengguna produk berharga rendah dan sederhana.

"Oleh kerana hasil rekaan saya merupakan barangan mewah dan saya hanya memenuhi permintaan satu peratus kelas teratas masyarakat yang mahukan produk eksklusif, saya belum terjejas oleh ketidaktentuan itu.

"Bagaimanapun terdapat kebimbangan di kalangan semua syarikat, termasuk mereka yang memenuhi permintaan pelanggan eksklusif seperti mana yang dilakukan saya," kata Toi.

Ketika diminta mengulas mengenai trend fesyen di pasaran AS dan pilihan pelanggannya di segi rekaan dan warna, Toi berkata, trendnya adalah pelbagai.

"Tidak ada trend tunggal yang boleh dikenal pasti. Tetapi satu trend yang jelas di kalangan semua pereka fesyen ialah untuk menjadikan wanita kelihatan cantik dan menawan dalam pakaian yang mereka pakai," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zang Toi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan