Enam Maut Kereta Rali Rempuh Penonton - Berita Dunia | mStar

Enam Maut Kereta Rali Rempuh Penonton

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 11:02 AM

Penonton lari bertempiaran selepas kereta rali berkenaan hilang kawalan dan keluar daripada trek.

(Ubah saiz teks)

ENAM orang terbunuh dan 16 yang lain cedera selepas sebuah kereta rali secara tiba-tiba terbabas daripada trek dan merempuh penonton semasa perlumbaan di Sepanyol.

Dua wanita hamil dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun disahkan antara yang maut.


Selain itu dilaporkan enam daripada mereka yang cedera berada di hospital dengan keadaan serius.

Mangsa dilanggar kenderaan tersebut apabila pemandunya hilang kawalan selepas melalui satu selekoh dalam perlumbaan La Coruna Rally, di Sepanyol.

Tags / Kata Kunci: Kereta Rali
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan