Dua Wartawan Britain Bakal Huni Penjara Batam

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 11:00 AM

Bonner (kanan) dan Prosser bakal berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun di Batam.

(Ubah saiz teks)

BATAM: Dua wartawan Britain yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana menghasilkan dokumentari mengenai kegiatan lanun di Selat Melaka tanpa kebenaran besar kemungkinan berdepan hukuman penjara.

Pegawai Pendakwa Raya Batam, Ali Akbar berkata, kedua-duanya boleh dihukum penjara lima tahun kerana melanggar undang-undang imigresen.

Beliau berkata, pihaknya menerima surat arahan siasatan dari Pejabat Imigresen Batam terhadap Neil Bonner, 31, dan Becky Prosser, 30 yang ditahan sejak Mei lalu.

Katanya, pasangan itu akan didakwa bekerja ketika memegang visa pelancong dan berdepan hukuman penjara lima tahun.

“Kedua-dua mereka mengaku sebagai wartawan dan pejabat imigresen sedang menyiapkan kertas siasatan untuk mereka dihadapkan ke Mahkamah Daerah Batam,” katanya.

Pasangan itu ditahan tentera laut Indonesia pada 28 Mei lalu bersama sembilan warga tempatan di Pulau Belakang Padang.

Ketika ditahan mereka sedang merakam aksi lakonan semula lanun merampas kapal.

Semua lelaki warga tempatan yang mendakwa dibayar pasangan berkenaan untuk melakonkan aksi lanun merampas kapal bagaimanapun dibebaskan selepas membayar ikat jamin.

Tags / Kata Kunci: Batam , wartawan , Britain , Neil Bonner

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan