Kate Middleton Hamil Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 12:00 PM

Keluarga pasangan diraja ini bakal bertambah menjelang April atau Mei tahun depan.

(Ubah saiz teks)

HANYA empat bulan selepas kehadiran anak kedua - Puteri Charlotte, pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton dilaporkan bakal menimang cahaya mata ketiga.

Media tempatan Britain melaporkan, sumber terdekat keluarga diraja itu memberitahu Kate kini di peringkat awal kehamilan.

Khabar itu bagaikan disahkan apabila Kate tidak muncul pada beberapa majlis perkahwinan dan pertunangan diraja yang diadakan baru-baru ini.

Selain Puteri Charlotte, anak sulung pasangan diraja itu, Putera George baru berusia dua tahun pada Julai lalu.

Lapor Star Magazine, Ratu Elizabeth memberi restu kepada Kate untuk tidak menghadiri majlis kerainan diraja kerana memahami situasi kesihatannya.

"Sepanjang dua bulan ini, Kate lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama George dan Charlotte.

"Pippa (adik Kate) mengiringi William paa majlis diraja yang berlangsung baru-baru ini," kata sumber itu lagi.

Cahaya mata ketiga pasangan diraja itu dijangka lahir antara akhir April atau awal Mei tahun depan.

Bagaimanapun, setakat ini pihak Istana Buckingham belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Tags / Kata Kunci: Kate Middleton , Puteri Charlotte

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan