Thailand Tahan Suspek Ketiga Serangan Bom

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Walaupun pihak berkuasa Thailand di Bangkok enggan mengesahkannya, berita mengenai penangkapan suspek ketiga di Narathiwat yang dikatakan terlibat dalam kes pengeboman di Bangkok telah tersebar luas.

Penangkapan suspek tersebut disahkan oleh seorang pegawai renjer berpangkat Kolonel kepada media tempatan di Narathiwat.

Beliau berkata anggota renjer dari Kompeni ke-36 telah menahan suspek warga Thailand yang dikenali sebagai Kamaluddin Sahak.

Kamaluddin, 38, ditahan di sebuah rumah di Mukim Pasir Mas, Sungai Golok, pada 1 September lepas, kata Kolonel tersebut yang enggan namanya disiarkan.

Beliau berkata suspek telah dipindahkan ke Bangkok malam tadi dan sebelum itu telah disoal siasat di Kem Renjer di Narathiwat.

Malam tadi suspek dipindah ke kem tentera di Bangkok dengan menggunakan helikopter tanpa pengetahuan media tempatan, kata beliau hari ini.

Dua suspek yang telah ditahan sebelum ini dikatakan warga asing iaitu Adem Karadak yang ditahan di sebuah apartmen di Daerah Nong Chok pada 29 Ogos and Yusufu Meerailee yang ditahan di daerah Aranyaprathet berdekatan sempadan Thailand dan Kemboja pada 1 September.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan